♥ Hanya Ingin Engkau Tahu ♥


saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya.
Tetapi yang pasti, lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata kerana seorang lelaki, itu bukan bermakna dia lemah.
Tetapi yang pasti, dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak akan mampu untuk mengawal perasaannya.
Tapi yang pasti, itu tandanya bahawa dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas.
Tapi yang pasti, dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan mahukan lelaki itu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki tersebut seadanya.
Tapi yang pasti, dia mahu lelaki itu menjadi yang lebih baik,
Bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan lelaki tersebut jua.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan lelaki, itu bukan bermaksud dia tidak sayang.
Tapi yang pasti, dia terlalu sayangkan lelaki itu dan masih menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian sepenuhnya.
Terkadang dia juga risau jika terlalu percaya, lelaki tersebut akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada lelai tersebut. Percayalah ! Dia hanya mahukan yang terbaik untuk lelaki itu.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu merajuk, itu bukan bermakna dia mengada - ngada.
Tapi yang pasti, dia bukannya mahu dipujuk dengan duit mahupun hadiah.
Cukup sahaja dengan perhatian dan kasih sayang yang mampu membuatkan dia rasa dihargai.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia merindui lelaki itu, itu bukan bermakna dia ingin mengambil hati lelaki tersebut.
Tapi yang pasti, dia benar memaksudkannya.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu memuji lelaki lain itu lebih baik dihadapan lelaki yang dia sayang, itu bukan bermakna dia mahukan lelaki lain itu.
Tapi yang pasti, dia hanya ingin menguji lelaki yang dia sayang kerana dia hanya ingin melihat sejauh mana lelaki yang dia sayang itu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Percayalah ! Sememangnya lelaki yang dia sayang itulah yang terbaik dimatanya mahupun dihatinya.

saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan itu berkata kasar, itu bukan bermakna dia tidak mempunyai sopan santun.
Tapi yang pasti, dia tidak bermaksud untuk berkasar tetapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.
Sekeras dan sekasar manapun hati seorang perempuan, jauh didasar hatinya masih ada sifat lembut.

# Ingatlah !! #
Di sebalik satu kelemahan seorang perempuan, tersimpan seribu satu kekuatan yang mampu membuatkan seorang lelaki itu merasa selamat dan tenang bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, namun dia mempunyai kekuatan yang boleh membuatkan seorang lelaki yang kuat menjadi lemah hanya kerananya.
Sesungguhnya perempuan & lelaki itu saling memerlukan dan saling melengkapi.

KaWeN ???

Assalamualaikum...


kikiki...kita bersua kembali... suda settle aq siapkan ko dan tukar ko punya pakaian, aku nak meluah la g... x salah kan?? hehehe

Kawen??? wah!! tajuk pun dh syok gitu bunyi nya... xtau r kenapa aq rasa x sabar nak kawen.. dh gatal nak kawen ke anak dara mak timah ni??? ish3... suda suda la tu masitottttt... ketepikan dulu hal kawen..(ala...xleh la.. tetap juga gatal mo kawen..)

suatu hari, ada seseorang gtau aq dia nak kawen sama aq... wah!!! punya syiok... hahaha... tp kan, suda bsediakan aq?? besar tanggungjawab tu yobbb... jd isteri ni kene bersedia betul2 tau... dh pandai masak ka ko ctot??? (dah.. boleh la... dh boleh kasi husband makan masakan aq...abg aq cakap dia nak merasa masakan pertama aku sbg isteri dia...tp dia x cakap pun mo kawen sama aq... org lain pula yg nak bawa aq kawen.. )..aiceh!! jodoh x ke mana la ctot... sabar.. serahkan hatimu pd Allah, insyaAllah Allah akan berikan  yang terbaek utk ko...

solat pun ko msh x jaga betul.. ada aty nak kawen ke?? (alaaa... tu la guna husband kite nanti kan.. boleh mengingatkan dan membimbing aq...)

masz, ko kene ready betul2 b4 jd isteri org... ya.. aku dh ready.. siapa pun untukku, pastiku terima.. biarpun aku x cinta dia, aku boleh bercinta dgn dia slpas kawen.. lg sweet kan..kikiki...(gatal betol dh ni..astaghfirullahalazim)

dh la... xleh d panjang2 kan cerita kawen ni.. bahaya!!apa2 pun, aq bharap jodohku cepat sampai.. xnak kapel2 b4 kawen dh... byk tol dah dosa aq ni... astaghfirullahalazim...


KoNvOkeSyeN ke-5 PoLiTeKnIk MuKaH SaRaWaK DiPLoMa TeKnOLoGi MaKLuMaT ( RaNgKaiAn)

Assalamualaikum wbt...

5 September 2012.. Genap umur aku 22 tahun.. (dh tua dh kau masz... boh ko nak mengada2 gk... perangei kedak miak kecik..xpenah berubah..)..lorh!!mcm ney ku nak berubah?? tk nang diri aku.. huhu...

5 September 2012 juak adalah hari istimewa buat aku... graduate suda..yippyy!!!!!!
akhirnya hari2 yg dtunggu2 dtg juga... setahun lebih menunggu.. kali pertama konvo..akulah pemegang Diploma Teknologi Maklumat(Rangkaian)


hiphiphorraayyyyy!!!

perfect!!!