saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya.
Tetapi yang pasti, lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata kerana seorang lelaki, itu bukan bermakna dia lemah.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata kerana seorang lelaki, itu bukan bermakna dia lemah.
Tetapi yang pasti, dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak akan mampu untuk mengawal perasaannya.
Tapi yang pasti, itu tandanya bahawa dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas.
Tapi yang pasti, dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan mahukan lelaki itu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki tersebut seadanya.
Tapi yang pasti, dia mahu lelaki itu menjadi yang lebih baik,
Bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan lelaki tersebut jua.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan lelaki, itu bukan bermaksud dia tidak sayang.
Tapi yang pasti, dia terlalu sayangkan lelaki itu dan masih menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian sepenuhnya.
Terkadang dia juga risau jika terlalu percaya, lelaki tersebut akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada lelai tersebut. Percayalah ! Dia hanya mahukan yang terbaik untuk lelaki itu.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu merajuk, itu bukan bermakna dia mengada - ngada.
Tapi yang pasti, dia bukannya mahu dipujuk dengan duit mahupun hadiah.
Cukup sahaja dengan perhatian dan kasih sayang yang mampu membuatkan dia rasa dihargai.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia merindui lelaki itu, itu bukan bermakna dia ingin mengambil hati lelaki tersebut.
Tapi yang pasti, dia benar memaksudkannya.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu memuji lelaki lain itu lebih baik dihadapan lelaki yang dia sayang, itu bukan bermakna dia mahukan lelaki lain itu.
Tapi yang pasti, dia hanya ingin menguji lelaki yang dia sayang kerana dia hanya ingin melihat sejauh mana lelaki yang dia sayang itu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Percayalah ! Sememangnya lelaki yang dia sayang itulah yang terbaik dimatanya mahupun dihatinya.
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu berkata kasar, itu bukan bermakna dia tidak mempunyai sopan santun.
Tapi yang pasti, dia tidak bermaksud untuk berkasar tetapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.
Sekeras dan sekasar manapun hati seorang perempuan, jauh didasar hatinya masih ada sifat lembut.
♥#♥ Ingatlah !! ♥#♥
Di sebalik satu kelemahan seorang perempuan, tersimpan seribu satu kekuatan yang mampu membuatkan seorang lelaki itu merasa selamat dan tenang bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, namun dia mempunyai kekuatan yang boleh membuatkan seorang lelaki yang kuat menjadi lemah hanya kerananya.
Sesungguhnya perempuan & lelaki itu saling memerlukan dan saling melengkapi.



♥ aQ cH3NT@ d!@ ♥
Married with Afiq Hibatullah on 20 December 2015 bersamaan 27 Safar 1436H
I'm Just a simple person.
Wanita solehah tujuan hidupku,Indahnya jika mampu jdi mutiara,Yg bersinar tanpa suria,Bercahya tanpa purnama,berkerdip bak kejora,mempesona setiap mata,namun datangnya hanya dari cengkerang,yang terbenam dalam pasir jauh di laut sana...
